Monday 28 September 2015

Hikmah Disebalik Payah

Mencuci pinggan mangkuk bukannya suatu kerja yang digemari.
Namun apabila melakukannya di tempat selain daripada rumah,
terasa syukur kerana dilatih ibu sejak kecil.
Bukannya kerja perempuan,
tapi Sunnah Rasulullah juga,
dalam membantu kerja rumah sedemikian!
Yakinlah,
Apa yang rasa payah dibuat,
anda akan hargainya apabila anda bersendirian.
Sekalipun bergaduh dengan rakanmu,
kelak akan dirinduimu apabila kehilangannya.
Gugurlah Sakura atas tangan,
yang tinggal hanyalah kenangan.
~ 29:04:2015_10:12pm

Tuesday 22 September 2015

Reflections Upon Road


















Tidak ku sangka
Terperangkap dalam kesesakan jalan
memberiku peluang
untuk menghayati permandangan
mencorakkan renunganku
yang selama ini
penuh persoalanan
di sanubariku
7:19pm
21:09:2015

Thursday 17 September 2015

Risiko

Tak tahu apa itu seterika, tak apa.
Carilah orang untuk ajarmu gunakan,
walaupun risiko kejahilanmu,
mengakibatkan nikah terbatal;
Kerana yang lebih penting,
adalah membina dirimu
menjadi hamba Allah berguna;
berhijrah demi cintaNya.
# inspirasi doa Umm Salamah r.a. #