Nasi telah menjadi bubur? Usahlah duduk menangis saja. Carilah lauk pauk lain yang sesuai untuk makan bersamanya.
Apabila kesilapan telah dilakukan, usahlah duduk lama memikirkannya.
Jangan sesekali juga memikirkan "Jikalau saya dari awal buat macam
ni..." kerana Rasulullah s.a.w. sendiri melarang kata-kata begitu. Tahu
tak, ungkapan "jikalau" adalah tipu daya Syaitan untuk melemahkan
lagi seseorang daripada bangkit semula menuju kejayaan? (Rujuk Hadith
Sahih Muslim & Hadith ke-100 Riyadhus Salihin)
Di samping
itu, bersedialah sepenuhnya untuk memaafkan seseorang yang pernah
menyakiti atau enggan mendengar nasihatmu sebelum ini.
Apabila
dia telah mengiktiraf dan menganalisa kesilapannya, maka terimalah dia
semula dengan tangan terbuka dan bukannya mengungkitkan kembali
kesilapannya.
Apabila Allah boleh memaafkan dosa seseorang
manusia sekalipun dosanya sebanyak buih-buih lautan dan setinggi gunung,
apa yang menghalang kita pula daripada mencurahkan kasih sayang kepada
orang yang sudah bertaubat?
Nasi yang telah menjadi bubur di
Dunia ini, masih boleh dibubuh dengan kicap & cakoi. Tetapi, nasi
yang telah menjadi bubur di Jahannam, hanya boleh dibubuh dengan api
Neraka sahaja.
Nauzubillah...
.
.
P/S: Nota ini bukan ditulis dengan kebencian, tetapi sebagai peringatan
diri. Kepada Penciptaku sahajalah saya merayu kasih sayang...
No comments:
Post a Comment