Monday 31 March 2014

Bila Nak Kahwin?

"Do not ask me when I'll get married.
Just pray that I'll be able to marry"

Meaning, we may plan when to marry, but we need to remember that only Allah is in charge of the conclusion of the day.
If He put our marriage on hold, do you think it still make sense to ask such question?

Self reminder

Wednesday 26 March 2014

BAKTI


子游问孝。子曰。今之孝者、是谓能养。至于犬马、皆能有养。不敬、何以别乎

[ Zi You (seorang pengikut Konfucius) bertanya mengenai maskud bakti. Konfucius berkata, “Pada masa kini, bakti bermaksud mampu memberi makan kepada ibu bapamu. Namun begitu, kuda dan anjing juga dapat berbuat demikian. Tanpa hormat, apa bezanya (dengan haiwan)” ]

Petikan di atas dipetik daripada salah satu kitab Konfusianisme, iaitu Analek (论语), buku ke-2 ayat ke-7. 

Jikalau anda mampu memberi nafkah kepada ibu bapa, Alhamduliah. Semoga Allah melimpahkan rezeki berterusan kepada anda. Namun begitu, tiang bakti yang paling diperlukan sebenarnya adalah perbuatan hormat. Mengapa ya? 

Dewasa ini, sesiapa saja juga dapat memberi nafkah atau makan kepada kedua orang tua, namun pada masa yang sama, bersikap biadap terhadap mereka.
Difahami juga kadang kala apabila kedua ibu bapa kita mulai uzur, mereka juga ada kerenah tersendiri yang kadang kala membingungkan kita. Tetapi, itu bukan alasan bagi kita bertindak kasar ataupun mengasingkan diri daripada mereka.

Sebagai seorang revert yang kembali kepada Islam, hamba Allah ini juga perlu memastikan peringatan ini sentiasa dalam sanubari minda setiap masa. Ini adalah Jihad al-Nafs dalam memastikan akal sentiasa di sof hadapan apabila berhadapan dengan situasi bertentangan kehendak. Apabila ibu bapa membantah, memarahi, atau mempersoalkan Ibadahku, perkara pertama yang harus diingati adalah tidak meninggikan suara. 

Memang adalah naluri biasa untuk mempertahankan agama pilihanku, namun harus juga diingat, dengan izin Allah s.w.t, ibu bapa yang sama jugalah yang telah banyak bersabar menghadapi kerenah kita semasa kecil. Layakkah kita meninggikan suara kita jika dibandingkan dengan kesabaran bertahun-tahun mereka terhadap kita?


Hal ini juga ditekankan dengan mendalam dalam Islam dengan jelas, di mana Allah s.w.t. telah berfirman:


yang bermaksud:


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

 –Qur’an 17:23

( Terjemahan maksud dalam Bahasa Cina:


你的主曾下令说:你们应当只崇拜他应当孝敬父母。如果他俩中的一人或者两人在的堂上达到老迈,那末,你不要对他俩说呸!」不要喝斥他俩,你应当对他俩说有礼貌的话

~ 兰经17:23

Bayangkanlah, sekalipun ungkapan sependek “ha” pun dilarang oleh Allah s.w.t….