Thursday 19 June 2014

20/06/2014

The crescent moon reminds me of your smile,
but your smile is brighter than the moon.

I'm a sweet talker only to the one I love,
I hate being casanova, because
I prefer lifetime membership, not temporary pleasure.
I want both of us to enter Jannah together.

It won't be easy, but with teamwork,
we can succeed, inshaAllah.
This is why I appreciate your love towards me.

Wednesday 18 June 2014

Nasi & Bubur Nasi

Nasi telah menjadi bubur? Usahlah duduk menangis saja. Carilah lauk pauk lain yang sesuai untuk makan bersamanya.

Apabila kesilapan telah dilakukan, usahlah duduk lama memikirkannya. Jangan sesekali juga memikirkan "Jikalau saya dari awal buat macam ni..." kerana Rasulullah s.a.w. sendiri melarang kata-kata begitu. Tahu tak, ungkapan "jikalau" adalah tipu daya Syaitan untuk melemahkan lagi seseorang daripada bangkit semula menuju kejayaan? (Rujuk Hadith Sahih Muslim & Hadith ke-100 Riyadhus Salihin)

Di samping itu, bersedialah sepenuhnya untuk memaafkan seseorang yang pernah menyakiti atau enggan mendengar nasihatmu sebelum ini.

Apabila dia telah mengiktiraf dan menganalisa kesilapannya, maka terimalah dia semula dengan tangan terbuka dan bukannya mengungkitkan kembali kesilapannya.

Apabila Allah boleh memaafkan dosa seseorang manusia sekalipun dosanya sebanyak buih-buih lautan dan setinggi gunung, apa yang menghalang kita pula daripada mencurahkan kasih sayang kepada orang yang sudah bertaubat?

Nasi yang telah menjadi bubur di Dunia ini, masih boleh dibubuh dengan kicap & cakoi. Tetapi, nasi yang telah menjadi bubur di Jahannam, hanya boleh dibubuh dengan api Neraka sahaja.
Nauzubillah...
.
.

P/S: Nota ini bukan ditulis dengan kebencian, tetapi sebagai peringatan diri. Kepada Penciptaku sahajalah saya merayu kasih sayang...