Sunday 7 June 2015

Sepi terasing seorang murtad Cina;
Hanya kerana colok yang menyala,
dia dilayan seperti anak derhaka.
Bagaikan dirinya sudah tiada,
yang tinggal hanya jasad bernyawa.
Apakah kerana ditinggalkan upacara,
maka hilanglah kemurnian anak keluarga?

Sepi sungguh ibu dan anak,
Jauh perjalanan hati kedua pihak,
Mencari persamaan nilai kebaktian,
Melihat jauh penyatuan kekeluargaan.

~ Kirişci Çelebi
7:6:2015_13:03

No comments:

Post a Comment