Thursday 25 December 2014

Musibah Utara & Kita

Allah tak lantik kita jadi jurucakap rasmiNya,
jadi, usahlah hanya kata Allah murka dengan kita.
Kita bukan Allah Maha Hakim pun,
maka, usahlah kita mengkritik pasal orang yang tak bertanggungjawab.

Karena mengeluh tak akan ubah apa-apa.
Itu buatlah masa PRU nanti.
Biarlah bertempat, kan?

Kita hanya berpangkat hamba Allah saja.
Marilah kita bergading bahu,
buat apa yang perlu.

Sama-samalah kita berdoa,
memohon keredhaanNya.
Sama-samalah kita bergabung tenaga,
menyokong para sukarelawan.

Kerana kejayaan rakyat,
bermula daripada perpaduan sejagat.

No comments:

Post a Comment