Friday 27 September 2013

Maaf, Tiada Maaf Bagimu


"Wahai kalian Quraisy, apakah yang kamu fikirkan akan ku lakukan terhadap kamu semua?" sambung Baginda dengan sabdanya.
Jawab mereka: "Tentulah baik, kerana saudara seorang yang mulia anak kepada saudara yang mulia". 
Maka jawab Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya aku berkata kepada kalian seperti Yusof telah berkata kepada saudara-saudaranya: Tiada tempelak ke atas kamu di hari ini, Ayuh beredarlah, kamu semua bebas.
(Sirah Nabi- Ar-Raheeq-ul-Makhtum)

Teringatkan sabda Rasulullah s.a.w ini dalam Pembukaan Makkah pada 20 Ramadan 8H (11 Januari 630M) semasa terbaca muka depan surat khabar yang membawa berita kematian Chin Peng, iaitu setiausaha agung Parti Komunis Malaya yang sekian lama diharamkan. 

Apa pula kaitan kematian beliau dengan Pembukaan Makkah? Tentu sekali tiada kaitan. 
Yang ingin diketengahkan di sini ialah, lebih 8 tahun orang bukan-Muslim Quraish telah menganiayai Rasulullah s.a.w dan para sahabanya. Mereka membunuh, memboikot, mencaci, dan menghina para Muslimin Muslimat tersebut, namun Rasulullah s.a.w. masih mampu memaafkan penduduk ini juga dengan aman damai.

Semasa Chin Peng masih hidup, mengapa kita menghalangnya daripada menunaikan hasrat baktinya sebagai anak untuk menziarahi kubur mendiang ibu bapanya? 

Apa pula yang menghalang kita daripada memaafkan orang yang jasadnya sekarang telah tinggal debu? 

Pernah tak kita terfikir jikalau Chin Peng kembali ke agama fitrah, apatah lagi dalam sejarah Islam, penduduk non-Muslim Quraish telah memeluk agam Islam selepas mereka dimaafkan oleh Rasulullah s.a.w? Atau kita tidak sama sekali mahunya mengenal keindahan Islam disebabkan dendam kita yang melebihi segalanya? 

P/S: Nota ini tidak sama sekali ingin mendewa-dewakan beliau, tetapi adalah mengenai sikap sebahagian daripada kita sebagai Muslim terhadap musuh yang tidak mampu menjadi musuh lagi.

[Originally posted in MRM @ 18 September 2013]
Photo from MalaysianInsider.com

No comments:

Post a Comment