Friday 27 September 2013

Pelbagai Lambang Terhadap Makhluk Allah


Semua orang tahu arnab adalah salah satu ciptaan Allah SWT. Yang uniknya, ada pelbagai tafsiran dan simbolisme dilabelkan terhadap haiwan ini:

- Dalam budaya Aztec di Mexico, arnab melambangkan kesuburan ovum dan pesta.
- Dalam budaya Cina, Korea dan Jepun, arnab melambangkan teman bulan      yang membuat jampi kekal abadi untuk dewi puteri lagenda Chang Er.
- Dalam lagenda Yahudi, arnab melambangkan ketakutan atau pengecut. 
- Dalam budaya Vietnam, arnab melambangkan kecergasan permuda. 
- Arnab digunakan dilambangkan berfoya-foya iaitu "Playboy". 

Adakah betul-betul arnab dicipta dengan lambang begitu?
Tidak. 
Sesungguhnya ia hanya tafsiran yang diberi oleh salah satu ciptaan Allah saja, iaitu manusia. 

Walau tujuan utama arnab dicipta tidak begitu diketahui, namun yang pasti, arnab merupakan tanda-tanda kebesaran Allah, dan setiap di dunia ini bukan dicipta dengan sia-sia tujuannya oleh Allah SWT.

Ini telah diterangkan dalam firman Allah SWT yang bermaksud:
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."" - Qur'an 3;191 

Begitu juga dengan khinzir. Manusia sebagai Khalifah Allah di muka Bumi ini, tidak sepatutnya mengaitkan sesuatu ciptaan Allah dengan kehinaan. 

Dan Allah Maha Mengetahui (Wallahualam)

p/s: Yang pasti, arnab memang comel. MashaAllah~ 

(Gambar hiasan dari Google)
Originally posted in MRM @ 22 March 2013.

No comments:

Post a Comment